TERMA PENGGUNAAN SEMBANG KUMPULAN WHATSAPP

Selamat datang ke Kumpulan Whatsapp Mendampingi Semua Orang bagi Penduduk Aktif @ Rumah (Reaching Everyone for Active Citizenry @ Home, REACH) Belanjawan 2018 ('Kumpulan’)!

Sebagai pertukaran untuk akses dan penyertaan anda dalam Kumpulan, anda bersetuju untuk terikat dan mematuhi Terma Penggunaan (“TOU”) berikut. Akses dan penyertaan anda dalam Kumpulan mewakili penerimaan anda terhadap TOU dan mana-mana garis panduan yang disiarkan atau peraturan yang berkenaan kepada Kumpulan ("garis panduan") yang mungkin disiarkan di laman sesawang REACH (www.reach.gov.sg) atau dalam atau melalui Kumpulan dari semasa ke semasa. Semua garis panduan tersebut akan dianggap sebagai sebahagian daripada TOU.

REACH (mewakili Pemerintah Republik Singapura) boleh menambah, membatal atau mengubah suai mana-mana atau semua terma dan syarat di dalam TOU (termasuk garis panduan) pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada anda. Anda boleh menyemak versi paling terkini TOU utama pada bila-bila masa di: Terma Penggunaan Sembang Kumpulan WhatsApp.

Anda boleh menyertai Kumpulan Belanjawan 2018 di sini

KETERANGAN PERKHIDMATAN REACH

REACH ialah Unit Maklum Balas Pemerintah. Kami berhasrat untuk mengumpul dan menilai sentimen asas, melibatkan warganegara dan menggalakkan penduduk aktif. Platform maklum balas kami, termasuk laman web REACH, Forum Perbincangan dan Kumpulan, menyediakan saluran bagi anda berkongsi maklum balas dengan Kerajaan. Maklum balas yang diterima akan dibaca oleh kakitangan REACH dan disampaikan kepada agensi berkaitan. Kami juga memudahkan komunikasi antara penduduk dan agensi dengan secara proaktif dengan memulakan perbincangan mengenai pelbagai topik.

KESELAMATAN DAN E-MEL DARIPADA REACH

Jemputan kepada anda untuk menyertai Kumpulan adalah eksklusif dan terpakai kepada anda sahaja. Anda boleh memilih untuk ‘menarik diri’ atau ‘keluar’ dengan meninggalkan Kumpulan pada bila-bila masa.

Dengan mengakses, menyertai dan/atau mengambil bahagian dalam Kumpulan, anda memahami dan bersetuju untuk REACH dan peserta lain menerima/mempunyai akses ke nombor telefon bimbit/ nombor hubungan peribadi anda, gambar profil WhatsApp dan apa-apa maklumat lain yang boleh diakses melalui WhatsApp atau Kumpulan. Jika anda tidak mahu REACH dan/atau peserta lain menerima/ mempunyai akses kepada maklumat tersebut, anda dinasihati agar tidak menyertai, mengakses dan/atau mengambil bahagian dalam Kumpulan. Anda akan bertanggungjawab terhadap semua akses dan penyertaan dalam Kumpulan menggunakan akaun WhatsApp dan/atau nombor mudah alih yang berkaitan, tanpa mengira akaun atau nombor nombor alih berkaitan tersebut dikendalikan oleh anda.

Anda perlu segera memaklumkan kepada REACH terhadap sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan bagi akaun Whatsapp dan/atau nombor mudah alih berkaitan. REACH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan ke atas anda atau mana-mana pihak lain yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi Fasal ini.

KANDUNGAN

Semua maklumat, data, teks, bunyi, gambar, grafik, video, mesej atau bahan lain ("Kandungan") boleh didapati atau dihantar dalam atau melalui Kumpulan adalah tanggungjawab mutlak individu dari mana Kandungan tersebut dihantar. Ini bermaksud bahawa anda dan bukan REACH, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua Kandungan yang anda siar, hantar atau sebaliknya sediakan melalui Kumpulan. Anda hendaklah bertanggungjawab terhadap semua Kandungan yang disiarkan, dimuat naik, dihantar atau sebaliknya disediakan melalui Kumpulan menggunakan akaun dan/atau nombor telefon bimbit anda, walaupun akses dilakukan oleh orang lain.

REACH tidak mengawal atau membuat saringan mana-mana Kandungan yang disiarkan atau dihantar dalam atau melalui Kumpulan dan oleh itu mereka tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti Kandungan tersebut. Anda memahami bahawa dengan menyertai, mengakses dan/atau mengambil bahagian dalam Kumpulan, anda mungkin terdedah kepada Kandungan yang menyakitkan hati, tidak senonoh atau sangat tidak menyenangkan.

Di bawah apa jua keadaan, REACH tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk apa-apa Kandungan, termasuk sebarang kesilapan atau peninggalan dalam apa-apa kandungan, atau untuk sebarang kerugian atau kerosakan apa jua bentuk yang ditanggung akibat daripada penggunaan apa-apa Kandungan yang disiarkan, dihantar atau sebaliknya disediakan melalui Kumpulan. Anda hendaklah menilai dan menanggung semua risiko yang dikaitkan dengan penggunaan apa-apa Kandungan, termasuk sebarang pergantungan yang anda berniat untuk letakkan pada ketepatan, kesempurnaan, atau kebergunaan Kandungan tersebut. Anda bergantung pada Kandungan tersebut atas risiko anda sendiri. (Lihat fasal Penafian Waranti dan Pengecualian Liabiliti di bawah.)

Anda tidak boleh menggunakan Kumpulan untuk, atau apabila mengakses atau mengambil bahagian dalam Kumpulan, anda tidak boleh:

• memuat naik, menyiar, menghantar atau sebaliknya menyediakan apa-apa Kandungan yang:-

o adalah atau mungkin menyalahi undang-undang, memudaratkan, mengancam, kesat, mengganggu, berupa siksaan, fitnah, kasar, lucah, berunsur fitnah, menceroboh privasi orang lain, membenci, atau bersifat perkauman, sentimen agama, etnik atau sebaliknya sangat tidak menyenangkan, tidak relevan dengan tujuan REACH atau tidak relevan dengan perbincangan sedia ada/ semasa. REACH mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan jika apa-apa Kandungan tergolong di dalam kategori yang dinyatakan ini;

o melanggar mana-mana paten, tanda dagang, rahsia perniagaan, hak cipta atau hak harta intelek lain bagi mana-mana pihak, atau yang anda tidak mempunyai hak untuk menerbitkan atau sebaliknya menyediakan di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan berkontrak atau fidusiari;

o mengandungi apa-apa iklan, bahan promosi dan komersil yang tidak diminta atau dibenarkan atau sebaliknya, termasuk pautan ke laman web yang mengandungi bahan tersebut. Bagi tujuan fasal ini, “iklan dan bahan promosi” termasuk tetapi tidak terhad kepada tinjauan, peraduan, skim piramid, surat berantai, e-mel sampah, spam atau apa-apa mesej yang disalin atau tidak diminta;

o mengandungi virus perisian atau apa-apa kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk mengganggu, memusnahkan atau mengehadkan fungsi WhatsApp, mana-mana perisian atau perkakasankomputer atau peralatan komunikasi;

o mengulangi apa-apa Kandungan dalam bentuk sama yang anda sebelum itu telah memuat naik, menyiar, menghantar e-mel atau menghantar pada atau melalui Kumpulan; atau

o mengeluarkan semula Kandungan yang dicipta oleh pihak selain diri anda;

• mengguna atau mencipta identiti palsu (termasuk tetapi tidak terhad kepada, penggunaan nama samaran, meniru gaya mana-mana individu atau entiti, atau sebaliknya merujuk kepada diri anda menggunakan perkataan deskriptif atau perkataan yang tidak nampak kepada kami nama sebenar anda atau diterbitkan daripapda nama sebenar anda), atau secara palsu menyatakan atau sebaliknya mewakili gabungan anda dengan individu atau entiti, atau menggunakan sebarang identitiatau nama yang tidak mematuhi mana-mana dasar yangWhatsapp mungkin mempunyai kaitan untuk menggunakan nama tersebut;

• melakukan apa-apa yang mungkin mengganggu penglibatan pengguna lain dalam perbincangan, dialog atau pertukaran lain dalam Kumpulan,atau sebaliknya bertindak dalam keadaan yang secara negatif mempengaruhi pengalaman pengguna lain dan/atau keupayaan untuk terlibat dalam pertukaran masa nyata;

• mengancam, mengintip atau sebaliknya mengganggu mana-mana peserta lain atau mana-mana individu yang diambil bekerja oleh REACH;

• menyekat atau menghalang mana-mana peserta daripada mengakses atau mengambil bahagian dalam Kumpulan;

• melakukan apa sahaja yang boleh campur tangan, mengganggu, melumpuh, membebani atau menjejaskan fungsi atau penampilan Kumpulan atau Whatsapp yang sewajarnya atau pelayan atau rangkaian yang disambungkan kepada Kumpulan atau Whatsapp;

• mengingkari sebarang keperluan, prosedur, dasar atau peraturan rangkaian yang disambungkan ke Whatsapp;

• mengumpul, menyimpan, menghantar atau menggunakan, untuk apa jua tujuan,data peribadu mana-mana peserta lain, atau menjemput mana-mana peserta lain untuk mendedahkan data peribadi masing-masing kepada anda atau mana-mana individu (tanpa mengira pendedahan tersebut dibuat pada Kumpulan atau melalui Whatsapp atau dalam mana-mana cara lain);

• mendedahkan maklumat hubungan, atau maklumat hubungan mana-mana individu lain, pada atau melalui Kumpulan atau Whatsapp; atau

• mengakses atau mengambil bahagian dalam Kumpulan menggunakan akaun WhatsApp atau nombor telefon bimbit mana-mana individu lain.


REACH mempunyai hak (tetapi bukan kewajipan) untuk menghapus, menolak atau memindahkan apa-apa Kandungan daripada Kumpulan, sebagaimana difikirkan sesuai, secara khusus apa-apa Kandungan yang menurut pandangan REACH, melanggar mana-mana terma TOU.

REACH boleh mengekalkan semua atau bahagian Kandungan yang dirasakan sesuai dan juga boleh mendedahkan semua dan mana-mana bahagian Kandungan kepada mana-mana individu atau organisasi jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik atas dasar kepercayaan bahawa pengekalan atau pendedahan tersebut munasabah dan perlu untuk: (a) mematuhi proses perundangan; (b) menguatkuasakan TOU terhadap mana-mana individu; (c) menyiasat dan bertindak balas kepada tuntutan bahawa apa-apa Kandungan melanggar hak undang-undang mana-mana pihak; atau(d) melindungi hak undang-undang, harta dan/atau keselamatan mana-mana pihak.

LESEN UNTUK MENGGUNAKAN KANDUNGAN

REACH tidak menuntut pemilikan Kandungan yang anda hantar, siar atau sebaliknya sediakan dalam atau melalui Kumpulan. Namun begitu, berhubung dengan perkara tersebut, anda membenarkan REACH lesen di seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh dibatalkan dan tidak eksklusif untuk mengguna, mengedar, mengeluar semula, mengubah, menyesuai, melaksana secara umum dan memaparkan secara umum perkara yang sama (atau mana-mana bahagian daripadanya). Ini akan termasuk menggunakan Kandungan tersebut (atau mana-mana bahagian daripadanya) dalam apa-apa bahan publisiti untuk Kumpulan, dalam apa-apa perantaraan (termasuk media massa, siaran internet, komunikasi e-mel dan sebagainya).

DASAR PRIVASI

Semuadata dan maklumat yang diperoleh oleh REACH mengenai anda hasil daripada penggunaan kumpulan adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Privasi lengkap kami. REACH boleh, menurut budi bicara mutlaknya, meminda Dasar Privasi dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Dasar Privasi yang terkini akan disiarkan di laman web REACH.

INDEMNITI

Anda hendaklah menanggung ganti rugi sepenuhnya dan mengecualikan Kerajaan Republik Singapura (yang mana REACH adalah sebahagian daripadanya), pegawai, ejen, kontraktor dan pekerjanya daripada sebarang dan semua tuntutan, permintaan, kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman dan perbelanjaan berdasarkan indemniti penuh) yang dibuat terhadap, dialami atau ditanggung olehnya/mereka secara langsung atau tidak langsung daripada akses anda kepada atau penyertaan dalam Kumpulan (termasuk apa-apa Kandungan yang anda hantar, siar atau sediakan dalam atau melalui Kumpulan), perlanggaran anda terhadap mana-mana terma TOU, atau perlanggaran anda terhadap mana-mana hak lain berhubung dengan akses anda kepada atau penyertaan dalam Kumpulan.

AMALAN UMUM BERKAITAN PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN

REACH tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap penghapusannya atau keputusan untuk tidak menyimpan apa-apa mesej dan komunikasi lain atau Kandungan lain yang disimpan, disiarkan atau dihantar dalam atau melalui Kumpulan. Anda seterusnya mengakui bahawa REACH boleh mengubah amalan dan had umumnya pada bila-bila masa, sepertimana yang difikirkan sesuai, tanpa memberikan sebarang notis.

PEMBERHENTIAN ATAU PERUBAHAN KEPADA KUMPULAN

REACH boleh pada bila-bila masa mengubah, menghapus, membatal atau menghentikan Kumpulan tanpa notis buat sementara waktu atau selama-lamanya. REACH tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang perubahan, penghapusan, pembatalan, penggantungan atau pemberhentian Kumpulan.

PENAMATAN

REACH boleh, di bawah keadaan berikut,tanpa memberikan notis kepada anda dan tanpa apa-apa kewajipan untuk mendedahkan sebab untuk penamatan, menamatkan akses anda kepada Kumpulan: (a) sekiranya anda melanggar mana-mana terma TOU , (b) menurut permohonan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan lain, (c) menurut permohonan oleh anda, (d) jika ia perlu untuk memudahkan, atau hasil daripada keputusan REACH untuk menghapuskan, membatalkan, menghentikan atau mengubah Kumpulan, (e) akibat isu atau masalah teknikal dengan atau berkaitan dengan WhatsApp atau Kumpulan, dan/atau jika (f) anda telah tidak aktif atau sebaliknya berhenti mengambil bahagian dalam Kumpulan atau mana-mana cirinya, untuk tempoh yang panjang.

REACH mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan sama ada mana-mana keadaan di atas wujud dan sama ada untuk menamatkan akses anda akibat hasil daripada keadaan tersebut REACH tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak lain untuk sebarang penamatan akses anda kepada Kumpulan.

PAUTAN

REACH boleh menghantar atau menyiarkan pautan ke laman Jaringan Sejagat (World Wide Web, WWW) lain atau sumber yang tidak diselenggara oleh REACH ("pautan")dalam atau melalui Kumpulan.

REACH berhak untuk menghapuskan, menggantikan atau menyahdayakan mana-mana pautan atas budi bicara mutlaknya (walaupun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian), jika pautan tersebut disambungkan ke laman web atau sumber yang mengandungi bahan atau maklumat di mana, pada pandangan REACH, melanggar TOU dalam apa jua cara.

REACH tidak bertanggungjawab terhadap ketersediaan laman web atau sumber yang disambungkan dengan pautan ("laman web yang dipautkan"), dan tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap mana-mana kandungan, pengiklanan, produk, atau bahan lain pada atau yang tersedia dari laman web yang dipautkan. REACH tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak atas sebarang kerosakan atau kerugian apa jua, termasuk, kehilangan nama baik, keuntungan, kehilangan, kerosakan atau kemusnahan Kandungan, atau kerosakan kepada komputer, perisian atau harta lain anda, yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada akses ke laman web yang dipautkan, atau penyingkiran mana-mana pautan.

NOTIS

Notis kepada anda mungkin dibuat melalui pesanan ringkas (SMS), WhatsApp, e-mel atau mel biasa. REACH juga boleh (tetapi tidak berkewajipan)memberikan notis perubahan kepada TOU atau perkara lain dengan menyiarkan notis tersebut atau pautan kepada perkara sama di laman web atau melalui Kumpulan.

PENAFIAN WARANTI

Kumpulan disediakan "seperti adanya," dengan tiada waranti apa jua. Semua waranti yang tersurat, tersirat dan berkanun, termasuk, tanpa had, waranti kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan perlanggaran hak proprietari, dengan jelas dinafikan hingga takat tertinggi yang dibenarkan oleh undang-undang.

REACH menafikan mana-mana dan semua tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kandungan, kesempurnaan, kesahan, kebolehpercayaan, atau kebolehkendalian atau ketersediaan maklumat atau bahan yang dihantar atau disiarkan dalam atau melalui Kumpulan.

PENGECUALIAN LIABILITI

Dalam apa jua keadaan, REACH tidak bertanggungjawab terhadap anda atas dasar akses dan penyertaan anda dalam atau pergantungan pada, Kumpulan atau apa-apa Kandungan yang dihantar atau disiarkan dalam atau melalui kumpulan. Pengecualian liabiliti tersebut akan terpakai sama ada ganti rugi timbul daripada kebenaran tidak dibenarkan kepada Kumpulan, salah guna dan pergantungan pada Kumpulan atau Kandungan yang dihantar dalam atau melalui Kumpulan, daripada ketidakupayaan untuk mengakses atau menyertai Kumpulan, daripada tindakan mana-mana pihak lain (termasuk mana-mana peserta), atau daripada gangguan, penggantungan, atau penamatan Kumpulan (termasuk ganti rugi yang ditanggung oleh pihak ketiga).

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

Sebarang masalah atau pertikaian yang timbul daripada penggunaan dan penyertaan anda dalam Kumpulan ini atau TOU ini hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Republik Singapura dan anda bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa mahkamah Singapura yang ekslusif.

Versi Bahasa Inggeris bagi Syarat-syarat Penggunaan (TOU) akan digunakan dan mengatasi Bahasa Melayu sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.